Tuesday 18 October 2011

ADAKAH DIAM ITU PERLU ATAU MEMBUNUH DIRI???

emmm...hari ni seawal pagi aku gerak ke sekolah namun pelbagai persoalan bermain di fikiran...persoalan yang kadang2 menjadikan diri ini tekanan, kecewa dan sebagainya..namun...bak kata drama "bawaku ke syurga" hari tu..anggap semua masalah yang datang itu sebagai ujian sebab kalau kita anggap ia sebagai ujian kita akan sentiasa redha dan sentiasa berusaha untuk membaiki diri"..tapi adakah kita semua bisa merungkai setiap apa yang berlaku itu dan menggapnya sebagai ujian???emmm....TEPUK DADA DAN TANYA IMAN...

sebagai manusia kita sememangnya tidak boleh lari daripada berdepan dengan karenah manusia..sama ada manusia itu kawan2..adik beradik, ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling..dan..kadang2 masalah yang berpunca daripada orang lain itu terutamanya masalah yang datang daripada keluarga or darah daging sendiri kita sentiasa memilih untuk diam daripada meluahkan apa yg kita rasa kepada mereka..kita memilih untuk diam..diam..diam..diam..dan akhirnya kita sendiri yang menangis ...berdiam itu bukan bermakna kita kalah..bukan juga bermakna kita takut tapi apa yang terbit dari hati mengatakan kita memilih diam kerana kita berkorban untuk insan2 yang kita sayang itu..kita memilih berdiam dan menjaga hati sendiri tanpa sapa2 tahu..kita memilih diam sambil hati merintih untuk mencari seseorang yang mampu mendengar semua keluhan itu tapi kita gagal..bukan kerana kita tiada kawan atau tiada insan yang kita ble percaya di dunia ini tapi kerana itulah kita...itulah diri kita yang memilih untuk diam demi kebaikan semua orang...emmm...iya demi kebaikan semua orang tapi untuk kebaikan kita siapa yang ingin berikan....iya juga demi untuk kesenangan dan kegembiraan orang lain tapi kesenangan dan kegembiraan kita siapa yang ingin berikan???...

kita hanya manusia..kita juga ada perasaan yang ingin rasa dihargai...kita juga sekujur tubuh yang ada air mata dan ada nafas segar yang sering masuk dan keluar melalui rongga hidung bagi memberikan gerak bebas kepada tubuh badan..tapi...seringkali manusia lupa satu perkara yang semua kita miliki...seringkali manusia lain lupa kita dan mereka ada satu yang sama2 ingin dijaga...iaitu hati...kita menjaga hati mereka dan kita tidak pernah lupa untuk memberikan kebahagiaan kepada hati mereka tapi mengapa mereka seringkali lupa yang kita juga ada hati..kita juga inginkan mereka memberikan kebahagiaan kepada hati kita..adakah mereka lupa ataupun mereka hanya pura2 tidak tahu ataupun dari lubuk hati mereka berkata "aku tidak kesah pun ttg apa yang kau rasa"...

kepada anda di luar sana...aku faham..ada diantara kalian yang sentiasa memilih untuk diam daripada berkata-kata..bagi anda..biarlah aku yang sakit..biarlah aku yang menderita..biarlah aku yang kecewa..biarlah aku yang menangis yang penting dia bahagia dan dia sentiasa ada untuk aku....emmm...kecian sungguh bila aku terjumpa dengan insan2 seperti ini tapi apa boleh buat itu pilihan mereka..memang di dunia ini anda jangan terperanjat bila terjumpa dengan seseorang yang sanggup memberikan kebahagiaannya kepada orang lain tanpa memikirkan tentang dirinya..itulah kuasa kasih sayang sebenarnya..itulah kuasa satu sifat yang ALLAH taburkan di dunia ini untuk semua makhluknya....itulah kasih sayang yang dapat membuatkan manusia rasa dunianya sangat2 sempurna dan tidak kurang juga yang membuatkan manusia merasa dunianya adalah neraka...sakit..disakiti..menyakiti dan tersakiti..semuanya terhimpun dalam satu kata dan semuanya disebabkan oleh 2 kata iaitu "kasih sayang"..besarkan kuasanya....

namun...tanya diri anda sendiri..sampai bila anda ingin terus memilih untuk diam..memilih untuk membentuk diri anda mengikut acuannya..bukan acuan yang ada dalam diri anda sendiri...emmm...sampai bila anda mau begitu??sampailah dia tunjukkan kasih sayangnya???sampailah dia mahu katakan yang andalah pujaan hatinya??sampai dia mahu katakan yang andalah satu2 nya orang yang sentiasa berkorban untuknya tapi selama ini dia tidak menyedarinya??...sampai kiamat pun kalau tidak terjadi..ia tidak akan berlaku...so...teruskanlah hidup...TAPI..kalau anda memilih jalan hidup itu..anda memilih untuk diam dan membunuh diri anda dari dalam...itu pilihan anda...teruskanlah andai itu yang anda pilih tapi hayati madah ini ..

KITA HIDUP HANYA SEKETIKA..JIKA ADA KEGEMBIRAAN KENAPA MAHU MEMILIH YANG SEDIH2..KITA ADA PILIHAN UNTUK KETAWA SO KENAPA MAHU PILIH MENANGIS..KITA ADA PILIHAN UNTUK MEMILIH KEBAHAGIAN SO KENAPA MAHU MEMILIH PENDERITAAN...




hati di badan anda..otak di badan anda..perasaan dalam diri anda...semuanya ada dalam badan or diri sendiri tapi mengapa seringkali kita membiarkan otak..hati dan perasaan yang ada dalam diri dikuasai oleh orang lain...orang lain pula yang mengawal hati dan perasaan kita????fikir2 kan..